LAWATAN KERJA YB MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH (WP06, WP07 dan WP08) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN KERJA YB MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH (WP06, WP07 dan WP08)

SABAH - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini meninjau tiga pakej utama Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang melibatkan jajaran Putatan hingga Berungis, meliputi WP06, WP07 dan WP08 - komponen kritikal dalam pembinaan Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR).

WP08: Sepanggar – Bulatan Berungis

Projek menaiktaraf jalan sepanjang 11.7 km ini dilaksanakan oleh Sinkong Fleet JV Sdn. Bhd. dengan nilai kontrak asal RM513.66 juta.

• Kemajuan fizikal: 85.82% (Jadual: 86.43%)

• Kemajuan kewangan: 87.09% (Jadual: 87.78%)

• Tarikh siap baharu: 10 September 2026 (EOT4)

Skop utama merangkumi enam struktur: Norowot Interchange, Jambatan Sungai Telipok, serta tiga Elevated U-Turn di kawasan KKIP dan Kg. Bakut, termasuk pengalihan utiliti dan pemasangan lampu jalan.

WP06: Putatan – Inanam

Dilaksanakan oleh Pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd. dengan kos kontrak terkini RM915.37 juta.

• Kemajuan fizikal: 94.15% (Jadual: 97.70%)

• Variasi: -3.55% (kelewatan 54 hari)

Skop melibatkan pembinaan jalan baharu 4 lorong 2 hala sejauh 19.6 km, Spur Road ke Bukit Padang, lima jambatan utama, empat persimpangan bertingkat, dua flyover, sepuluh pusingan U serta pembinaan vehicular box culvert. Antara status semasa tapak termasuk kerja pemasangan deck jambatan di Persimpangan Putatan, kerja penambahbaikan jalan di Donggongon, serta beberapa jajaran yang telah dibuka secara sementara (Certificate of Partial Opening).

WP07: Inanam – Sepanggar

Dikendalikan oleh Perwira Progresif Construction Sdn. Bhd. dengan kos kontrak RM442.55 juta.

• Kemajuan fizikal: 89.63% (Jadual: 95.39%)

• Status: Lewat -5.76% (bersamaan 41 hari)

Skop utama merangkumi naik taraf jalan sepanjang 9.9 km, tujuh jambatan termasuk Jambatan Kionsom, Mansiang dan Keliangau; lima persimpangan baharu; dua persimpangan dinaik taraf; serta kerja pengalihan utiliti dan pemasangan lampu jalan.

Kementerian Kerja Raya komited memastikan penyampaian projek LPB Sabah dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan ketepatan masa, bagi memperkukuh rangkaian jalan raya, meningkatkan keselamatan perjalanan serta menyokong pertumbuhan sosio-ekonomi Sabah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0