LAWATAN KERJA YB MENTERI KERJA RAYA KE INFRASEL
SHAH ALAM, 25 MAC 2025 - Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi bersama delegasi pengurusan tertinggi KKR dan JKR mengadakan lawatan kerja ke Pejabat INFRASEL SDN BHD, sebuah syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri sistem pemantauan kerosakan jalan raya yang dibangunkan oleh syarikat ini.
YB Menteri Kerja Raya bersama delegasi disambut oleh Timbalan SUK Selangor merangkap Pengarah UPEN & BOD INFRASEL, YBhg. Dato' Johary Anuar manakala taklimat disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif INFRASEL, Encik Mohamed Fariz Ghazali.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Dato' Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman serta Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, YBrs. Tuan Ir. Ts. Mohd Nasir Bontat.
- Log in to post comments