LAWATAN KERJA RASMI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA KE PULAU PINANG
PULAU PINANG, 13 Januari 2025 - YBhg. Dato' Seri Azman Bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Projek Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Sekolah Kebangsaan Tok Kandu, Permatang Pauh.
Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk meninjau kemajuan projek serta menilai keberkesanan pelaksanaan program selain mengenalpasti sebarang isu yang perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak terlibat.
Turut bersama dalam lawatan kerja rasmi ini ialah YBhg. Dato’ Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar & Pembangunan Kementerian Kerja Raya.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments