LAWATAN KERJA KSU KKR KE KLINIK KESIHATAN DESA PERMATANG PASIR
SEBERANG PERAI – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU KKR) telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Desa Permatang Pasir di Seberang Perai Tengah (SPT) bagi meninjau keadaan fizikal fasiliti serta merangka pelan tindakan pembaikan struktur bangunan.
Susulan lawatan tersebut, dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf di Klinik Kesihatan Permatang Pasir pada tahun ini di bawah peruntukan BP6, bagi menyokong operasi Klinik Kesihatan Kubang Semang yang menerima jumlah kunjungan pesakit yang tinggi.
Dalam hal ini, KKR melalui JKR akan terus memberikan bantuan dan khidmat nasihat teknikal sekiranya diperlukan oleh pihak JKNPP bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan baik dan selamat.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta pembangunan prasarana awam yang berkualiti dan mampan.
- Log in to post comments