LANGKAH PROAKTIF KKR MEMPERKASA KESELAMATAN JALAN RAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LANGKAH PROAKTIF KKR MEMPERKASA KESELAMATAN JALAN RAYA

KUALA LANGAT - Hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSI) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Gadong yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.

Projek rintis LPKSI ini adalah hasil kolaborasi strategik KKR dengan World Health Organization (WHO) di bawah program Bloomberg Philanthropies Initiative for Global Road Safety (BIGRS), dengan kos RM700 ribu.

Ia bertujuan untuk meningkatkan keselamatan murid, guru, dan komuniti setempat.

Usaha KKR Menuju ZERO Kemalangan 2030:

Pemasangan LPKSI ini adalah sebahagian daripada inisiatif KKR bersama JKR untuk mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030: mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030.

Fakta Penting:

 * Sejak 2018, 153 buah LPKSI telah dibina di seluruh negara.

 * Pada tahun 2025, KKR memperuntukkan RM80 juta untuk tujuan keselamatan dan keselesaan pemanduan pengguna jalan raya, termasuk merawat 90 kawasan sering berlaku kemalangan dan pemasangan 35 LPKSI baharu.

Marilah bersama-sama kita kongsi kesedaran keselamatan jalan raya ini, kerana ia adalah tanggungjawab kita semua.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0