Kunjungan Hormat Menteri Kerja Raya Ke Atas Premier Sarawak | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Kunjungan Hormat Menteri Kerja Raya Ke Atas Premier Sarawak

Kuching, 11 Jun 2024 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia bersama delegasi Kementerian Kerja Raya telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia.

Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya serta pengurusan tertinggi KKR dan Agensi.

Pertemuan tersebut turut membincangkan tentang projek-projek pembangunan persekutuan di Sarawak yang dilaksanakan oleh KKR dan Agensi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5