KSU KKR TURUN PADANG KE RUMAH PANJANG RH KIONG | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KSU KKR TURUN PADANG KE RUMAH PANJANG RH KIONG

KAPIT - YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), turun padang ke Rumah Panjang Rh Kiong sempena Program Kampung Angkat MADANI, satu inisiatif untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara kawasan luar bandar dan bandar, serta meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung melalui pendekatan "Whole of Government". 

Ini melibatkan usaha untuk melengkapkan kemudahan asas seperti air, elektrik, jalan, serta memperkukuh sosioekonomi komuniti setempat.

Bagi rumah panjang ini penambahbaikan kepada bangunan seperti bumbung dan kerja-kerja elektrik akan dijalankan menggunakan peruntukan Kampung Angkat Madani 2025 sebanyak RM 1 juta.

Skop kerja tambahan juga dicadangkan oleh YBhg. KSU antaranya pembinaan parking motor berbumbung, perabot rumah seperti sofa dan meja kopi, tandas untuk tetamu serta sistem siaraya.

Dalam lawatan ini, beliau turut meninjau keadaan cerun yang runtuh akibat banjir pada Januari 2025 lalu, bagi menilai keperluan tindakan pemulihan infrastruktur dan keselamatan penduduk setempat.

Pembaikan cerun ini akan dilaksanakan oleh JPS Negeri Sarawak menggunakan peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0