KSU KKR RASMIKAN PROGRAM BICARA EKSEKUTIF – TALENT ASSESSMENT PROGRAMME (TAP) JKR
KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim hari ini telah merasmikan Program Bicara Eksekutif – Talent Assessment Programme (TAP) Jawatan Strategik Utama Jabatan Kerja Raya yang berlangsung di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman; Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Ismail; serta Timbalan Ketua Pengarah Sektor Infra JKR Malaysia, YBrs. Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman.
Program ini menghimpunkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan JKR, Gred Utama B dan Gred Utama C.
Sesi bicara eksekutif pada hari ini telah disampaikan oleh dua tokoh bidang kejuruteraan yang terkenal yang terdiri daripada YBhg. Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Bersama (Wakil Industri), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT), dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TRX City Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Sr. Haji Azmar Talib.
- Log in to post comments