KSU KKR PENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 1 TAHUN 2026 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KSU KKR PENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 1 TAHUN 2026

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Azman Ibrahim, hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Kerja Raya Bilangan 1 Tahun 2026 bertempat di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya. Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan harmoni antara pihak pengurusan tertinggi kementerian dengan kakitangan. Turut hadir mengiringi beliau dalam mesyuarat tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid serta Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan), YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman.

Secara umumnya, MBJ berfungsi sebagai medium komunikasi dua hala yang rasmi antara pihak Majikan (Pihak Pengurusan) dan Pihak Pekerja. Peranan utama MBJ merangkumi perbincangan mengenai kebajikan kakitangan seperti kemudahan dan persekitaran kerja, serta memberi ruang untuk cadangan penambahbaikan prosedur kerja bagi meningkatkan produktiviti. Selain itu, ia menjadi platform untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan atau isu berbangkit di peringkat jabatan secara musyawarah.

Melalui mesyuarat ini, KKR komited untuk memastikan setiap suara warga kerja didengari selaras dengan usaha memacu kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kementerian kepada rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0