Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat KKR Dan Agensi Tahun 2024 - "Tekal Inovasi, Realisasi Kualiti" | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat KKR Dan Agensi Tahun 2024 - "Tekal Inovasi, Realisasi Kualiti"

Kuala Lumpur, 10 September 2024 - YBrs. Tuan Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah hadir merasmikan Konvensyen KIK Peringkat KKR dan Agensi bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Kompleks Kerja Raya.

Sesi pembentangan kumpulan akan berlangsung selama 2 hari mulai 10 hingga 11 September 2024. Hari ini sesi dimulakan dengan pembentangan KIK Kategori Terbuka.

Pembudayaan inovasi di KKR direalisasikan melalui 16 kumpulan KIK terdiri daripada Warga KKR, JKR, CIDB dan LLM yang berentap merebut takhta juara dengan membawa pulang wang tunai RM5,000, Piala Pusingan serta sijil. 

Pemenang akan dinobatkan pada Majlis Sambutan Hari Inovasi KKR yang bakal berlangsung pada 30 Oktober 2024. 

Panel penilai bagi konvensyen kali ini adalah figura inovasi yang terkenal dengan pelbagai kejayaan inovasi dalam bidang masing-masing di peringkat kebangsaan dan negara iaitu Kol TS. Dr. Mohd Ghazali Abd Rahman dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Dr Wan Norhayati Binti Wan Othman dari  Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10