KKR TERIMA PENGHARGAAN PROJEK REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) TAHUN 2025
Tahniah dan Syabas kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atas anugerah Sijil Penghargaan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2025 yang telah diterima oleh Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, dan diserahkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) KKR.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada barisan pegawai kanan kementerian dan agensi yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif reformasi ini.
Pengiktirafan ini menjadi lambang iltizam berterusan KKR dan agensi naungannya dalam memacu agenda reformasi perkhidmatan awam ke arah sistem yang lebih efisien, telus dan berfokuskan rakyat. Usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mendukung nilai-nilai integriti, akauntabiliti, inovasi, serta kesejahteraan demi membina negara yang progresif, berdaya tahan dan inklusif.
- Log in to post comments