KKR DAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN PERKUKUH KERJASAMA PANTAU PROJEK LTU DAN LEBUHRAYA KOTA BHARU–KUALA KRAI (KBKK) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KKR DAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN PERKUKUH KERJASAMA PANTAU PROJEK LTU DAN LEBUHRAYA KOTA BHARU–KUALA KRAI (KBKK)

KOTA BHARU – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (Task Force) bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Projek Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK) Negeri Kelantan Bilangan 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, bertempat di Pejabat SUK Kelantan.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Infra) JKR Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Ab. Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Nik Raisnan bin Haji Daud, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, YBrs. Puan Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, JKR Malaysia, YBrs. En. Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan, YBrs. En. Roswadi Muhammad, Pengarah CIDB Kelantan, serta pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan serta Kerajaan Negeri.

Mesyuarat ini diadakan bagi meneliti status pelaksanaan semasa projek-projek LTU dan KBKK dengan memberi tumpuan kepada isu-isu pengambilan dan pemilikan tanah yang menjadi antara aspek utama dalam pelaksanaan projek. Selain itu, mesyuarat turut menyelaras isu-isu pelaksanaan di lapangan termasuk penyelarasan utiliti serta tindakan susulan oleh agensi-agensi berkaitan, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kelancaran pembangunan infrastruktur utama di Negeri Kelantan.

Pelaksanaan projek-projek ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh jaringan infrastruktur negara yang mampan, selamat dan inklusif, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di Negeri Kelantan dan kawasan Pantai Timur.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4