KERAJAAN MADANI TERUS PRIHATIN TERHADAP KESELAMATAN CERUN DI PULAU PINANG | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KERAJAAN MADANI TERUS PRIHATIN TERHADAP KESELAMATAN CERUN DI PULAU PINANG

BALIK PULAU - Usai majlis di Seberang Perai Selatan, Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, turut membuat tinjauan serta menyaksikan penyerahan Arahan Kerja pembaikan dua cerun kritikal di Jalan Balik Pulau – Teluk Bahang (FT006), Pulau Pinang yang terjejas akibat hujan lebat baru-baru ini.

Dengan peruntukan RM1.309 juta di bawah P27, kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh Pintas Utama Sdn. Bhd. menggunakan kaedah Tieback Wall, di bawah seliaan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), JKR Malaysia.

Langkah ini mencerminkan komitmen KKR terhadap keselamatan pengguna jalan raya, penerapan teknologi terkini dan piawaian ESG demi kelestarian alam sekitar.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0