KEMPEN JAGA PAN BORNEO BAIT-BAIT | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KEMPEN JAGA PAN BORNEO BAIT-BAIT

BINTULU – Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi merasmikan Kempen Kesedaran Kebersihan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bertemakan “Jum Jaga Pan Borneo Bait-Bait”. Kempen anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Syarikat Penyenggaraan Pan Borneo Highway Asset Management Sdn. Bhd. ini diinspirasikan daripada pesanan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang menjadi semangat di sebalik pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Pelancaran kempen diadakan di salah satu P-Turn antara jajaran Miri–Bintulu melalui program gotong-royong bersama komuniti setempat. Penganjuran ini susulan isu pembuangan sampah di kawasan P-Turn, hentian bas dan jejantas di sepanjang lebuh raya yang semakin meruncing hingga mencalar imej negeri selain membahayakan keselamatan pengguna.

Menurut KKR, matlamat utama kempen ialah meningkatkan kesedaran masyarakat agar tidak membuang sampah merata-rata, di samping menggalakkan kerjasama antara pengguna jalan raya dan penduduk tempatan untuk mengekalkan kebersihan serta imej Lebuhraya Pan Borneo sebagai laluan yang indah, selesa dan selamat.

Sepanjang sebulan pelaksanaan, pelbagai program dirangka termasuk taklimat kebersihan di sekolah, sesi libat urus bersama Ketua Masyarakat, penerbitan video kesedaran, hebahan melalui media arus perdana dan media sosial, serta pelaksanaan Program OPB Angkat melibatkan tiga sekolah terpilih. Usaha ini diyakini mampu memperkukuh semangat “Segulai Sejalai” sekali gus memastikan Lebuhraya Pan Borneo terus terjaga untuk generasi kini dan akan datang.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0