Kelab Sukan dan PUSPANITA KKR anjur Program Bulan Kebangsaan 2020 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Kelab Sukan dan PUSPANITA KKR anjur Program Bulan Kebangsaan 2020

Kelab Sukan dan PUSPANITA KKR anjur Program Bulan Kebangsaan 2020

KUALA LUMPUR, 27 OGOS 2020 – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Kelab Sukan dan Kebajikan KKR (KSKKKR) dan PUSPANITA KKR bekerjasama menganjurkan program Bulan Kebangsaan yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Pelbagai acara diatur bagi menyemarakkan semangat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara ke 63 ini. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh kumpulan Koir D’Choralist, diikuti persembahan zapin oleh PUSPANITA KKR. Turut diadakan adalan pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Sayembara Puisi dan “Outfit of The Day (OOTD)” Merdeka.

Pada sebelah petang, telah berlangsung ceramah kemerdekaan bertajuk “Merdekakah Anak-anak Tanpa Imunisasi” yang disampaikan oleh Dr. Rozita Ab Rahman, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Seri Haji Fadillah Haji Yusof bersama-sama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato' Eddin Syazlee bin Shith, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan turut hadir memeriahkan program ini yang bertemakan pakaian tahun 50-an.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16