KEJURUTERAAN BERINTEGRITI, PEMACU TRANSFORMASI DIGITAL NEGARA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KEJURUTERAAN BERINTEGRITI, PEMACU TRANSFORMASI DIGITAL NEGARA

KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 warga profesion kejuruteraan berkumpul di National Engineering Convention 2026 (NEC 2026) yang dianjurkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di Royale Chulan Kuala Lumpur dari 17 hingga 20 Ogos 2026.

Bertemakan “Engineering with Integrity in the Digital Age”, NEC 2026 menekankan bahawa kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pendigitalan perlu bergerak seiring dengan integriti, etika profesional dan akauntabiliti.

Majlis perasmian NEC 2026 telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, yang turut melancarkan NEC 2026, memperkenalkan logo representasi LJM serta menyampaikan Anugerah Yang Dipertua LJM.

Sepanjang empat hari penganjuran, sebanyak 12 program berimpak tinggi dilaksanakan, merangkumi seminar, forum profesional, bengkel, sesi libat urus serta program pembangunan bakat kejuruteraan.

Antara fokus utama yang diketengahkan termasuk keselamatan siber, AI, transformasi pendidikan kejuruteraan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), pembangunan profesional berterusan (CPD), ESG serta prospek industri kejuruteraan bagi dekad akan datang.

Tidak ketinggalan, bakat muda turut diberi perhatian menerusi Future Engineering Talents Gateway dan BEM Young Engineering Innovation Trophy, yang membuka ruang kepada pelajar mengetengahkan inovasi serta penyelesaian kejuruteraan bagi menangani cabaran dunia sebenar.

NEC 2026 bukan sekadar menghimpunkan komuniti kejuruteraan, tetapi menjadi platform memperkukuh kolaborasi kerajaan, industri, ahli akademik dan badan profesional dalam membentuk jurutera yang kompeten, berintegriti, inovatif dan bersedia menerajui masa depan digital serta pembangunan mampan negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4