KEJOHANAN FUTSAL JKR WPKL 2011
Kuala Lumpur, 11 Disember- Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Kejohanan Futsal JKR WPKL 2011 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kuarters Batu JKR di Batu 4 1/2 , Jln Sg Besi Kuala Lumpur.
Kejohanan futsal ini adalah bersempena dengan penyiapan Kuarters baru JKR di Sg. Besi dan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta merapatkan lagi ukhwah antara JKR WPKL dan agensi-agensi lain yang bernaung di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).
Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini. Johan telah dimenangi oleh pasukan KKR ‘B’ manakala naib johan telah dimenangi oleh pasukan LLM ‘A’.Hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya!.
- Log in to post comments