KAMPUNG ANGKAT MADANI KKR 2026 PERKUKUH HUBUNGAN KEMENTERIAN BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT
PULAU PINANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat menerusi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI KKR 2026 di Kampung Mengkuang Titi, Pulau Pinang.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan Kementerian Kerja Raya.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan, penghargaan kepada agensi pelaksana serta hadiah kepada para pemenang Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Setiausaha KKR. Turut diadakan lawatan ke reruai Karnival Pembangunan Usahawan.
Pelaksanaan program ini menjadi platform untuk mendekatkan KKR dengan masyarakat, mempererat hubungan bersama komuniti serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
- Log in to post comments