HARI TERAKHIR PROGRAM MADANI RAKYAT MELAKA 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

HARI TERAKHIR PROGRAM MADANI RAKYAT MELAKA 2025

MERLIMAU - Kita kini tiba di hari terakhir penganjuran Program Madani Rakyat 2025 Melaka yang berlangsung dengan tema “Aspirasi MADANI, Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara.” 

Walaupun hanya berbaki beberapa jam sebelum tirai program dilabuhkan, warga Melaka terus berpusu-pusu hadir memeriahkan pelbagai reruai dan pameran yang disediakan.

Tengah hari tadi, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Anwar Ibrahim, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2025 Zon Melaka di Pentas Utama.

Reruai Kementerian Kerja Raya (KKR) turut menerima kunjungan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, YBrs. Tuan Ir. Haji Mohamad Salzeli Moktar.

Jangan lepaskan peluang terakhir untuk berkunjung ke reruai KKR dan menangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah yang akan berlangsung di Pentas Mini Reruai pada jam 5.00 petang ini! 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7