HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) TAHUN 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) TAHUN 2025

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini menganjurkan Hari Sukan Negara Peringkat KKR Tahun 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya yang hadir turut menyempurnakan pelepasan peserta untuk acara Fun Run Peringkat KKR.

Program ini juga dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan Kementerian Kerja Raya.

Antara pengisian menarik yang turut diadakan termasuk Pertandingan Inovasi Fun Run, Pertandingan Inovasi Boling Kelapa, dan minuman percuma untuk para peserta. Pelbagai acara diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat KKR Tahun 2025. Antaranya Pertandingan Virtual Run 100km, Pertandingan Brisk walk 100 ribu langkah, Mini Konvensyen Program Sihat Tanpa AIDS, Program Senam X-Break, Pertandingan Senam Berirama, Pendakian Gunung Angsi, Kursus Health, Fitness and Happiness, Pertandingan Fun Walk, Pertandingan Boling Kelapa, Pertandingan Galah Panjang, Pertandingan Sukan Rakyat Ceper, Pertandingan Baling Tin, Pertandingan Zumba Kesihatan dan pelbagai lagi.

Hari Sukan Negara Peringkat KKR 2025 bukan sahaja menjadi wadah memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja, malah platform mempererat hubungan antara bahagian dan agensi di bawah kementerian dalam suasana harmoni dan sihat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0