HARI CUCI MALAYSIA 2026: KKR SEMARAK BUDAYA KEBERSIHAN DAN GOTONG-ROYONG | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

HARI CUCI MALAYSIA 2026: KKR SEMARAK BUDAYA KEBERSIHAN DAN GOTONG-ROYONG

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini melaksanakan program Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 melibatkan warga Kementerian Kerja Raya di Lobi Blok A dan semua Bahagian KKR.

Program dimulakan dengan taklimat pentadbiran dan sesi perasmian oleh YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan Kementerian Kerja Raya, diikuti sesi bergambar serta aktiviti gotong-royong di Bahagian masing-masing.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen KKR dalam menyemarakkan budaya kebersihan, keceriaan dan semangat kerjasama dalam kalangan warga Kementerian, selaras dengan usaha membudayakan persekitaran kerja yang bersih dan kondusif.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4