FTRoadpedia Utara 2.0 Pulau Pinang – Tinjauan Penaiktarafan Infrastruktur | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
276131994_334690848697130_6638223859378768125_

FTRoadpedia Utara 2.0 Pulau Pinang – Tinjauan Penaiktarafan Infrastruktur

FTRoadpedia Utara 2.0 Pulau Pinang – Tinjauan Penaiktarafan Infrastruktur

PULAU PINANG, 20 MAC 2022 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, meninjau dua lokasi projek menaiktaraf Jalan Persekutuan di Pulau Pinang pada hari kedua Program FTRoadpedia Utara 2.0.

Tinjauan pertama melibatkan projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT001 daiang Pak Elong (SEK.773) hingga ke Jambatan Merdeka (SEK.782) yang melibatkan kerja menaiktaraf laluan sepanjang 9 kilometer menjadi 4 lorong 2 hala (Dual Carriageway) mengikut piawai JKR R5.

Projek ini dijangka siap pada 5 Mei 2022 dengan anggaran kos RM328 juta. Manfaat projek ini adalah untuk melancarkan aliran trafik, selaras dengan pembangunan yang pesat di Daerah Seberang Perai Utara (SPU). Selain itu, projek ini juga melibatkan kerja menaiktaraf sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Tinjauan kedua melibatkan Projek Mengganti Jambatan Titi Kerawang, Barat Daya, Pulau Pinang. Projek ini telah siap pada 31 Mei 2021 dan melibatkan laluan sepanjang 160 meter. Antara skop kerja, membina struktur jambatan sepanjang 55 meter dengan reka bentuk geometri JKR R5, turapan baharu mengikut Standard Reka Bentuk Geometri JKR R3 dan menyediakan penghadang perabot jalan meliputi 60% daripada panjang jajaran jalan.

Laluan ini adalah Jalan Persekutuan FT006 yang menghubungkan Balik Pulau dan Teluk Bahang. Kos keseluruhan bagi projek ini adalah RM 8.1 juta. Projek ini bertujuan memperbaiki rangkaian infrastruktur jalan raya sedia ada kerana jambatan lama Titi Kerawang agak sempit dan tidak dapat menampung dua kenderaan sekaligus dari arah yang berbeza.

Aspek keselamatan dan keselesaan juga telah dipertingkatkan. Kenderaan berat boleh menyeberang jambatan baru ini tanpa ada halangan dari sudut ruang dan juga selekoh yang tajam. Selain itu, jaringan laluan pelancongan juga dapat diperkasakan kerana laluan ini adalah akses utama menghubungkan Balik Pulau dan Teluk Bahang yang terdapat lokasi pelancongan seperti Air Terjun Titi Kerawang dan Taman Tema Escape. Pengguna juga boleh menikmati persona flora dan fauna yang memukau serta pemandangan matahari terbenam ketika melalui laluan ini.

Program FTRoadpedia Utara 2.0 yang berlangsung selama dua hari melibatkan jajaran Jalan Persekutuan di Negeri Kedah dan Pulau Pinang yang mana pada hari kedua ini meliba

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 275773639_334680645364817_3587379492528629899_n.jpg
 275844820_334680758698139_3635645694795329925_n.jpg
275872269_334690742030474_9065468168839261262_n.jpg
 275906718_334680368698178_789713737595210162_n.jpg
275980013_334691912030357_2614923076945622121_n.jpg
 276130339_334691395363742_2394270262959443861_n.jpg
 276139657_334680695364812_1413103786162043718_n.jpg
 276149270_334691242030424_575383513085111663_n.jpg
 276160920_334691065363775_944089172999767645_n.jpg
 276256346_334691955363686_1079225568763705829_n.jpg
 276261630_334691548697060_7158569288079976602_n.jpg
 276277812_334680188698196_6317934257768399344_n.jpg
 276988157_334690798697135_3845809378212580442_n.jpg