Flag-Off Misi Bantuan Banjir Kementerian Kerja Raya Dan Agensi | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Flag-Off Misi Bantuan Banjir Kementerian Kerja Raya Dan Agensi

PUTRAJAYA , 5 Disember 2024  - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi melancarkan flag-off misi bantuan banjir Kementerian Kerja Raya dan agensi bertempat di JKR Putrajaya sebentar tadi.

Misi ini menghantar barangan keperluan asas banjir dan peralatan pembersihan ke kawasan terjejas banjir iaitu Kampung Bunuhon dan Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir. KKR dan agensi (JKR, LLM, CIDB) serta rakan strategik mula menghantar bantuan banjir ini secara berfasa bermula Jumaat 6 Disember 2024

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0