FERI BAHARU SERI TANJONG 1 DI TUMPAT, KELANTAN MENGGANTIKAN FERI LAMA YANG TELAH MENJANGKAU 34 TAHUN
TUMPAT, KELANTAN – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, merasmikan pelancaran Feri Sri Tanjong 1 di JKR Feri Pengkalan Kubor, menggantikan feri lama berusia 34 tahun. Dibina di Lumut oleh tenaga tempatan dengan kos RM7.9 juta, feri sepanjang 30.8meter dan lebar 13.5meter ini siap pada Februari 2025 dan diserahkan kepada JKR pada Mac 2025.
Feri baharu mampu membawa 58 penumpang, enam kru serta pelbagai konfigurasi kenderaan, termasuk lapan kereta atau sebuah bas. Dilengkapi teknologi mesra alam, ia menyokong usaha mengurangkan jejak karbon dan pembangunan lestari.
Projek ini mencerminkan kerjasama erat sektor awam-swasta dan membuktikan keupayaan industri tempatan menghasilkan produk bertaraf antarabangsa. KKR komited memastikan penyelenggaraan, keselamatan penumpang, dan kecekapan operasi sentiasa diutamakan, selaras aspirasi Kerajaan MADANI menyediakan pengangkutan air yang selesa, selamat dan efisien.
- Log in to post comments