EKOSISTEM PENDIDIKAN MELALUI PENYERAHAN SATU LAGI PROJEK SEKOLAH DAIF LUAR BANDAR DI SARAWAK
BETONG, SARAWAK – Kerajaan MADANI menyerahkan satu Projek Daif Sarawak (2021) yang telah disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku Agensi Pelaksana kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya bersama pengurusan tertinggi kedua-dua kementerian telah menyaksikan sesi penyerahan projek ini.
2. Projek Pembinaan Gantian dan Tambah an Bangunan di SMK Saribas, Debak, Betong, Sarawak merupakan salah satu inisiatif strategik di bawah Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Projek ini bernilai RM10.15 juta dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), JKR Malaysia bermula 21 Mac 2023 menerusi kaedah “Reka dan Bina”. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah pun dikeluarkan pada 4 Mac 2025.
3. Skop projek ini merangkumi kerja pembinaan 1 unit dewan tertutup, 2 bilik darjah baharu, 1 bilik Pendidikan Seni Visual, dan 2 unit rumah guru (Kelas F). Skop kerja ini termasuk kerja meroboh Blok SAGA dan sebuah blok kuarters lama bagi memberi ruang kepada pembinaan struktur baharu yang lebih moden dan teratur. Projek ini turut mengadaptasi teknologi Building Information Modelling (BIM) dan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan.
4. Reka bentuk projek ini menggunakan pendekatan ESG – Environment, Social and Governance di mana bangunan yang dibina bukan sahaja memenuhi keperluan pendidikan tetapi juga bersifat mampan,berdaya tahan dan sesuai untuk semua termasuk orangkurang upaya. Perancangan ruang juga bersifat lebih terancang, selesa dan memiliki ciri-ciri ergonomik,mesra alam sekitar dengan pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang baik serta mudah diselenggara.
5. Pelaksanaan projek ini membuktikan usaha berterusan Kerajaan MADAN bagi meningkatkan lagi ekosistem pendidikan melalui pembinaan infrastruktur pendidikan yang moden dan kondusif khususnya di luar bandar.
6. YB Menteri Kerja Raya merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan, khususnya dalam penyeliaan di tapak hingga projek ini disiapkan. Pengalaman dan pengajaran (experience and lesson learned) amat berguna sebagai panduan dalam pelaksanaan projek seumapamanya pada masa hadapan.
7. JKR Malaysia diberi tanggungjawab untuk terus memantau rapi pihak kontraktor dalam melunaskan skop tanggungjawab dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) selaras dengan peraturan berkuat kuasa.
- Log in to post comments