DATO' SERI KSU TURUN PADANG KE HOSPITAL KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak Projek Menaik Taraf Jabatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur.
Turut hadir mengiringi beliau ialah Pengarah Hospital Kuala Lumpur, YBhg. Dato' Dr. Harikrishna a/l K. Ragavan Nair.
Dalam lawatan tersebut, Dato' Seri KSU menegur serta memberi peringatan kepada pihak kontraktor agar lebih konsisten dan proaktif dalam pelaksanaan kerja.
Beliau turut menekankan keperluan untuk meningkatkan usaha demi memastikan projek disiapkan mengikut jadual, memandangkan ia kini berada dalam keadaan kritikal dan mengalami kelewatan berbanding perancangan asal.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments