DATO’ KSU KKR BERSAMA TIMBALAN MENTERI KPKT KE DAERAH SEPANG
SEPANG, 10 MAC 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim turun padang mengadakan lawatan ke Daerah Sepang bersama Timbalan Menteri KPKT merangkap Ahli Parlimen Sepang, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu.
Mengiringi YBhg. Dato' Seri KSU ialah Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, YBrs. Tuan Ir. Haji Shukri Ishak. Taklimat sepanjang lawatan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Azarul Azlan Mohd Radhi, Jurutera Daerah Sepang.
Lapan lokasi telah dilawati melibatkan pelbagai isu antaranya isu jalan rosak, isu kesesakan ketika waktu puncak dan cadangan jambatan baru di bawah projek RTB. Sg. Langat.
Lawatan diakhiri di sekitar Terminal 1 KLIA di kawasan kerja-kerja berkala pavement, kerja berkala bukan pavement, pemasangan lampu solar sempena Kepengerusian ASEAN.
- Log in to post comments