BUKU LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN KERJA RAYA MENANG TEMPAT KE-3 HADIAH BAHASA SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN
Kuala Lumpur, 28 Oktober- Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memenangi hadiah tempat ke-3 Hadiah Buku Laporan Tahunan Kementerian sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 yang diadakan di Dewan 10, Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya.
Hadiah disampaikan kepada Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR dalam Majlis Penyerahan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011 ‘Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam’ pada 28 Oktober 2011, yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Y.Bhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah.
Pertandingan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan program kebahasaan yang diisytiharkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat secara besar-besaran di seluruh negara.
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Sidang Ridaksi Buku Laporan Tahunan KKR 2010 yang turut menyumbang kepada kejayaan ini.
- Log in to post comments