AMANAT TAHUN BAHARU 2026 YAB PERDANA MENTERI
KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyertai sesi Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bagi bulan Januari serta Amanat Tahun Baharu 2026 yang berlangsung secara hybrid di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya dan FB Live JAbatan Perdana Menteri.
Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, YBhg. Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid, serta Ketua-ketua Agensi bertempat di Bilik Tanjung, Blok A, Aras 6, Kompleks Kerja Raya.
Semoga amanat yang disampaikan menjadi panduan dan pemangkin semangat kepada seluruh warga KKR dalam memperkukuh komitmen, integriti dan tadbir urus berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.
- Log in to post comments