Acara Larian ‘Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run 2022’ Mencipta Nama Dalam Malaysia Book Of Records | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Acara Larian ‘Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run 2022’ Mencipta Nama Dalam Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2022 – Acara larian ‘Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run 2022’ merupakan siri pertama bagi larian dalam terowong pada waktu malam yang telah menarik minat para peserta dalam negara dan antarabangsa. Acara larian ini telah dirasmikan oleh Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia di Plaza Tol Kota Damansara, Lebuhraya DASH dan dihadiri oleh wakil Malaysia Book of Records (MBOR). Terdapat dua kategori jarak larian iaitu kategori Super Sonic 12 kilometer (km) dan kategori Ultra Sonic 4 km atau larian santai (Fun Run).

Seramai 5,000 peserta mengambil bahagian dalam acara penting itu yang terdiri dari beberapa negara seperti Kenya, Perancis, India, Myanmar, Afrika Selatan, Pakistan, Sepanyol, China, Rusia, Nepal, Jepun, Filipina, Thailand dan Belanda. Acara ini telah dimasukkan ke dalam MBOR iaitu larian terpanjang melalui terowong pada waktu malam sejauh kira-kira 780 meter dan larian melalui struktur halangan bunyi sepanjang 260 meter.

‘AS LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run 2022’ merupakan acara larian pada waktu malam yang pertama diadakan di terowong lebuh raya di Malaysia. ‘AS LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run’ ini dianjurkan oleh Persatuan Sukarelawan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya Bertingkat Damansara - Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT). Penganjuran acara ini diadakan selepas negara berdepan masa sukar selama hampir tiga tahun dengan penularan COVID-19. Acara ini menawarkan hadiah wang tunai dan dibuka kepada peserta dalam dan luar negara dengan kategori istimewa untuk warga Sarawak.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12