THE 12TH ASEAN BUILDING AND CONSTRUCTION WORKING GROUP (BCWG) MEETING 2025
KUCHING, SARAWAK -The 12th ASEAN BCWG Meeting merupakan salah satu daripada pengisian program sepanjang Kepengerusian ASEAN – Malaysia 2025. BCWG merupakan salah satu kumpulan kerja di bawah ASEAN Consultative Committee for Standards and Quality (ACCSQ) iaitu sebuah jawatankuasa di bawah platform Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN (Senior Economic Officials Meeting - SEOM) yang melapor kepada Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Ministers – AEM).
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Bahagian Dasar dan Antarabangsa (BDA) telah menjadi tuan rumah kepada The 12th ASEAN Building and Construction Working Group (BCWG) Meeting ini yang (melibatkan delegasi-delegasi dari ASEAN meliputi Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Myanmar, Malaysia, Laos PDF, Philippines, Singapore, Timor Leste, Thailand dan Vietnam. Mesyuarat ini berlangsung dari 14 Mei hingga 15 Mei di Hotel Sheraton, Kuching Sarawak.
Turut hadir, YBrs. Puan Hamdiah binti Ismail, selaku Setiausaha Bahagian BDA KKR mewakili Malaysia bagi mesyuarat BCWG kali ini bersama-sama Puan Noorhaizan binti Mat dan Ts. Nor Hamiza binti Zahar, dari CIDB Malaysia.
Kesemua delegasi turut dibawa melawat ke Makmal Kerja Raya Malaysia di Kuching, Sarawak.
- Log in to post comments