1000 Peserta Hadir MRC 2022 Membincangkan Pembinaan Infrastruktur Jalan Yang Berdaya Tahan
KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2022 – Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah hadir bagi merasmikan 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 dan 4th International Road Federation Asia – Pacific Regional Congress yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Tema Malaysian Road Conference (MRC) pada kali ini ialah “Towards Resilient Road Infrastructure” yang bermaksud “Ke Arah Infrastruktur Jalan Raya Yang Berdaya Tahan”. Seramai 1,000 peserta telah menghadiri persidangan ini dari dua puluh negara. Terdapat juga lebih 100 ruang pameran disediakan.
Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya telah menekankan perlunya industri pembinaan menghayati Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) di dalam melaksanakan kerja-kerja mereka dan juga mengamalkan kriteria-kriteria sustainable development goals (SDG) bagi setiap proses pembangunan.
Infrastruktur jalan yang berdaya tahan juga perlu disediakan bermula dari peringkat perancangan, rekabentuk, pembinaan, penyenggaraan dan pengoperasian bagi mengatasi kesan-kesan dari perubahan iklim. Beberapa inisiatif dan bahan binaan baharu yang telah diperkenalkan semasa Persidangan ke-10 pada tahun 2018, telah dijadikan amalan dan digunapakai pada hari ini.
Pada persidangan kali ini, beberapa syarikat telah menerima Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan Jalan Raya 2022 yang disampaiakn oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya yang kemudiannya melawat beberapa ruang pameran bahan-bahan binaan berinovatif dan juga sistem dan perkhidmatan terkini yang ditawarkan.
- Log in to post comments