Parlimen bocor sekali lagi | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

INSIDEN bumbung bangunan Parlimen bocor yang berlaku sebelum ini belum berakhir apabila bangunan penuh bersejarah itu, bocor sekali lagi ketika perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Kebocoran akibat hujan lebat itu disedari wakil media dan kakitangan Parlimen di lobi apabila melihat limpahan air dari bumbung berhampiran Dewan Rakyat yang sedang bersidang kira-kira jam 4.20 petang.

Beberapa Ahli Parlimen yang kebetulan berada di lobi kemudian mengambil kesempatan melihat kebocoran itu sebelum kakitangan Parlimen mengambil tindakan pantas membersihkan kawasan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Difahamkan, kebocoran itu adalah yang ketiga sejak tahun lalu dengan kejadian pertama berhampiran Dewan Persidangan, manakala kejadian kedua, di bilik yang dikhaskan untuk wakil media.

Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Kamaruddin Baria, Berkata masalah itu memang tidak dijangka kerana ia tidak berlaku walaupun hujan lebat beberapa hari lalu.Beliay berkata, walaupun ada hujan lebat tiga bulan lalu tetapi kebocoran tidak berlaku.

"Oleh itu, kita kena JKR(Jabatan Kerja Raya) kerana mereka yang menyelenggara dan melakukan baik pulih," katanya ketika ditemui media selepas meninjau kebocoran yang berlaku.

Beliau berkata, JKR sudah memaklumkan sebelum ini bahawa bumbung Parlimen sudah ditampal dengan bahan kalis air tetapi tidah mengetahui punca kebocoran berlaku lagi.

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro