Projek sebelum RMK-9 tetap diteruskan: Ir Mohd Zin | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Projek pembinaan yang dirancang sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tetap akan diteruskan, kata menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad.

Menurutnya, kerajaan juga sedang memproses atau membuat penilaian semula semua projek penilaian semula semua Projek terkini dalam RMK-9 bagi memastikan semuanya berjalan lancer.

"Kementerian telah diberi tanggungjawab untuk melihat kembali semua projek RMK-9 yang memberi impak besar kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan rakan strategik Kementerian Kerja Raya di sini, semalam.

 Mohd Zin berkata, antara kawasan sasaran yang akan diberi perhatian adalah kawasan yang masih belum mempunyi kemudahan jalan raya seperti di beberapa tempat di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, beberapa jalan-jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti untuk dibuat penambahbaikan bagi memudahkan pengguna jalan raya.

"Dahulu, terdapat hampir 300 ?black spot? yang dikenal pasti sepanjang jalan persekutuan. Setelah banyak proses penambahbaikan dilakukan, kini hanya tainggal kira-kira 150 'black spot' yang tinggal untuk dibaiki" jelasnya lagi.

Menurut Mohd Zin, 'black spot' yang dimaksudkan ialah keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok dan ia telah dibuat 'alignment' semual bagi memperbaiki keadaan jalan bagi mengurangkan jalan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Selain itu, bagi jalan-jalan yang tidak mempunyi pembahagian jalan turut dibuat penambahbaikan.

"Pengunaan jalan raya turut berhadapan dengan masalah semasa di jalan persekutuan apabila terpaksa mengikut lori yang besar. Oleh yang demikian, JKR dalam usaha untuk menambah laluan memotong di lokasi yang dikenal pasti," ujarnya kepada media.

Jelas Mohd Zin, kementerianya sentiasa memikirkan alternative dan penyelesaian terbaik dalam meningkatkan mutu jalan raya bagi kepentingan rakyat.

Mohd Zin turut memberitahu, lebuhraya persisir pantai juga dalan rangka rancangan untuk dinaikkan taraf kerana banyak pebangunan sedang berlaku.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zin, menjelaskan bahawa pembinaan jalan-jalan di pantai barat Semenanjung Malaysia yang selari dengan banjaran Titiwangsa akan diselesaikan dengan segera.

"Jalan-jalan yang terlibat termasuklah jalan Kuala Pilah-Bahau, Kuala Pilah-Jelebu di Negeri Sembilan, jalan Lenggong di Perak, jalan Baling di Kedah dan jalan di Gua Musang, Kelantan, katanya.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian