Kadar tol LDP, NPE dikaji | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan kadar tol sering menjadi isu hangat kerana kebelakang ini harganya yang tinggi sejajar dengan kenaikan barang lain terutamanya petrol dilihat membebankan pengguna.

Sehubung itu, kerajaan sudah bersetuju untuk menstrukturkan smula kadar tol bagi lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan meluluskan kadar tol yang dipersetujuai di dalam perjanjian konsesi.

Menurut menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang), kadar tol untuk kenderaan kelas  pada tahun 1999 diturunkan kepada RM1.00 berbanding RM1.50 seperti mana perjanjian konsesi.

"Pada tahun 2007, kerajaan sekali lagi melaksanakan penstrukturan semula kadar tol LDP di mana kadar tol kenderaan Kelas 1 di turunkan daripada RM2.10 kepada RM1.60," katanya ketika menjawab soalan dari Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada sidang Dewan Rakyat semalam

Jelas Mohd Zin, akibat daripada penstrukturan semula kadar tol tersebut, kerajaan perlu membayar pampas an kepada syarikat konsesi berkenaan.

Sementara itu, sehingga tahun 2007, jumlah pampas an yang telah dibayar kerajaan kepada syarikat kensesi adalah berjumlah RM630.4 juta.

"Bagi Lebuhraya Baru Pantai (NPE), tiada penstrukturan semula kadar tol dibuat kerana tiada kenaikan tol berlaku sejak ia mula beroperasi," katanya lagi.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian