Mahkamah tolak halang bina tembok | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi Sivil di sini, menolak permohonan untuk menghalang konsesi lebuh raya Grand Saga Sdn. Bhd. daripada membina semula tembok pengadang yang menghubungkan Bandar Mahkota Cheras dengan Lebuh raya Cheras-Kajang, semalam.

 Bagaimanapun, prosiding permohonan yang dilakukan di hadapan Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee itu dilakukan dalam kamar mahkamah.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang juga mewakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras, Tan Bon Wah (Plaintif) di luar mahkamah memberitahu, pihak Grand Saga Sdn. Bhd. Telah memberi aku janji untuk hanya membina pengadang di kawasan tersebut.

"Dalam permohonan yang difailkan plantif kepada pihak mahkamah pada Jumaat lalu, Tan Boon Wah mefailkan saman pemula bagi memohon agar pihak Grand Saga Sdn. Bhd. tidak membina tembok pengadang," katanya.

Peguam Tharminder Singh mewakili Grand Saga Sdn. Bhd. (defendan) menakala peguam Logan Sabapathy mengetuai barisan pembelaan mewakili pihak berkata:

"Semoga perkara ini dapat diselesaikan segera setelah banyak usaha dilakukan oleh penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Bandar Mahkota Cheras dibuat.

Media sebelum ini melaporkan, pada 22 April lalu penduduk Bandar Mahkota Cheras memecahkan tembok pengadang yang dibina berdekatan dengan lampu isyarat di Kampung Batu 10, Cheras menggunakan jentera berat.

Walaupun cuba dihalang dan ditenteramkan oleh Yang Dipertua majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, tetapi penduduk berkeras dan meneruskan usaha memecahkan tembok tersebut.

Persiaran Mahkota Cheras ditutup sebaik sahaja siap dibina pada Oktober 2005.

Sejurus pembukaan jalan itu (setelah tembok penghadang dipecahkan) ia membolehkan penduduk-penduduk Bandar Mahkota Cheras dan sekitarnya menggunakan laluan tersebut untuk masuk ke Lebuh raya Cheras-Kajang dari susur keluar persimpangan Bandar Tun Hussein Onn dan kampong Batu 10, sekali gus tidak perlu membayar tol di Plaza Tol Batu 11.

Bagaimanapun, pembukaannya menimbuklan keadaan kelam-kabut di persimpangan itu kerana sistem lampu isyarat di situ tidak diprogramkan untuk kenderaan keluar dari Bandar Mahkota Cheras.

Pemandu dilihat memandu keluar dari persimpangan itu semasa lampu untuk kenderaan dari kampong Batu 10 bertukar ke hijau.

Difahamkan, tembok penghadang itu dibina oleh Grand Saga setelah pihak permaju Bandar Mahkota Cheras, Narajaya Sdn. Bhd. Gagal membayar pempasan yang dituntut olehnya.

Pampasan itu, yang dipersetujui bersama dan ditetapkan Oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) adalah sebagai ganti rugi kepada Grand Saga untuk membenarkan jalan utama di Bandar Mahkota Cheras itu dibuka dan penduduk sekitar tidak perlu membayar tol Kadar tol pada ketika ini ialah 90 sen.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian