Penubuhan universiti JKR dua tahun lagi | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed menyifatkan penubuhan Universiti Jabatan Kerja Raya(JKR) yang dijangka akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun lagi dapat membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga bahan binaan yang boleh menjejaskan program-program pembangunan infrastruktur.

Beliau berkata, dengan penemuan teknik pembinaan dan kejuruteraan serta penciptaan bahan-bahan binaan yang lebih murah, masalah kenaikan harga bahan binaan dapat diserap dengan lebih berkesan.

Katanya, memandangkan keperluan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) kewujudan universiti ini membolehkan pembangunan infrastruktur Negara dapat berjalan dengan lancar.

"apapun masalah dalam pembinaan Universiti JKR, ia akan diselesaikan dalam dua tahun lagi," katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Gala Persatuan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM)disini.

Tambahnya lagi, kesan kenaikan harga minyak menyebabkan banyak program pembangunan infrastruktur dan pembinaan terpaksa di susun semula oleh kerajaan akibat peningkatan kos.

Mohd Zin berkata, kerajaan pada masa sekarang mengambil inisiatif perbelanjaan berhemah kerana sedar tidak mempunyai ?poket yang dalam? seperti sebelum kenaikan harga minyak.

Jesteru itu, projek-projek yang mahu diteruskan dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) perlu dan sedang dinilai semula.Katanya lagi, hanya projek-projek yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat akan dipertimbangkan sementara projek-projek lain yang kurang menguntungkan akan ditamatkan.

"Bagaimanapun, projek-projek pembinaan jalan dan leuh raya baru akan diteruskan memandangkan ia didapti memberikan kesan langsung yang positif kepada rakyat,"katanya.   

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian