Bincang cari jalan selesai masalah | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR: Perbincangan antara syarika pemegang konsesi lebuh raya Cheras-Kajang dan pemaju perumahan Taman Bukit Mahkota Cheras, Kanjang, perlu segera mencari penyelesaian terbaik.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata semua pihak perlu bersabar mencari jalan penyelesaian dan mengatasi masalah dihadapi lebih 20,000 penduduk di kawasa itu.

"Saya tidak mahu berlaku kekacauan dan pergaduhan berkaitan isu ini. Jika boleh, Grand Saga Sdn Bhd dan Narajaya Sdn Bhd dapat berbincang lebih lanjut," katanya ketika melawat tapak binaan hadangan itu di taman perumahan itu, semalam.

Menurutnya, satu surat dari pejabatnya dihantar kepada Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed bagi meminta supaya meneliti masalah berkenaa.

"Semakan akan dilakukan kerajaan negeri kerana mereka memiliki kepentingan dan pegangan saham dalam syarikat pemegang konsesi Grand Saga melalui anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan negeri Selangor (PKNS)," katanya

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro