30 JANUARY 2006: Penduduk Bandar Makhota Cheras marah apabila laluan ke Lebuh Raya Cheras-Kajang disekat dengan binaan tembok simen.
13 JUN 2006: Syarikat konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd memaklumkan bahawa ia sedia membuka laluan alternative ke Bandar Mahkota Cheras jika pemaju projek taman perumahan itu, Narajaya Sdn. Bhd. (Narajaya) memenuhi semua syarat dipersetujui bersama sebelum itu, antaranya Narajaya membayar sejumlah pampas an kepada Grand Saga.
11 MAC 2007: Penduduk Bandar Mahkota Cheras dan beberapa taman sekitarnya terus menuntut supaya Narajaya membuka laluan iaitu menyediakan satu laluan alternative yang menjadi jalan utama ke taman perumahan itu melalui persimpangan Bandar Tun Hussein Onn, Lebuh Raya Cheras-Kajang.
21 April 2008: Isu semakin panas apabila Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras dengan bantuan Narajaya memecahkan tembok penghadang.
7 MEI 2008: Kira-kira 500 orang bertindak agresif melontar batu kearah kakitangan Grand Saga yang sedang menjalankan kerja-kerja membina semula tembok itu, Penduduk kemudian meruntuhkan tembok selepas beberapa jam disiapkan.
8 MEI 2008: Grand Saga membina semula tembok tetapi diruntuhkan oleh penduduk sehari kemudian.
10 MEI 2008: Pengerusim Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu memaklumkan bahawa Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengesahkan kawasan yang menjadi pertikaian antara Grand Saga dengan penduduk Bandar Mahkota Cheras berada di luar jajaran Lebuh Raya Cheras-Kajang.
12 MEI 2008: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penduduk Bandar Mahkota Cheras bagi mendapatkan printah injuksi menghalang Grand Saga membina semula tembok penghadang.
13 MEI 2008: Pertemuan antara kerajaan negeri dengan Grand Saga, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Narajaya gagal menghasilkan kesepakatan mengenai isu tembok penghadang itu.
27 MEI 2008: Insiden ganas berlaku apabila orang ramai yang cuba merobohkan tembok yang dibina semula, dipukul oleh sekumpulan lelaki. Turut cerdera ialah jurugambar Utusan Malaysia yang sedang bertugas merakamkan inseden itu.
30 MEI 2008: Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed Mengumumkan laluan Bandar Mahkota Cheras ke Lebuh Raya Cheras-Kajang dibuka serta merta sehingga Mahkamah membuat keputusan berhubung pertikaian antara Grand Saga dan Narajaya.