Jadikan isu Grand Saga pengajaran | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

BESTARI JAYA - Kerajan Selangor mengucapkan  terima kasih kepada kerajaan Pusat yang membenarkan penduduk di kawasan Bandar Mahkota Cheras dan sekitarnya mengunakan jalan pintas ke Lebuh Raya Cheras-Kajang tetapi isu yang berlanjutan selama hamper dua tahun itu perlu dijadikan sebagai pengajaran.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan memantau pelaksanaan projek pengswataan pembinaan lebuh raya di negeri ini bagi memastikan ia mengambilkira kepentingan penduduk setempat dan tidak membebankan kehidupan seharian mereka apabila projek berkenaan siap.

"Ini merupakan satu pengajaran bagi kita bagaiman kita membuat pengswatan membina jalan raya dan kita mesti berhati-hati mengambil kira pembangunan di sekitar kawasan tersebut," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan majlis Anugerah Anak Asnaf Cermelang 2007di sini, semalam

Kontrovesi tembok penghadang yang dibina oleh syarikat konsesi Grand Saga sdn. Bhd (Grand Saga)di Jalan Bandar Mahkota Cheras selesai apabila kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membuka semula laluan berkenaa kepada orang ramai mulai jam 3.30 petang kelmarin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed ketika mengumumkan pembukaan jalan itu berkata jemaah menteri telah bersetuju untuk membuka penghadang jalan ini dan diharap dengan pembukaan jalan ini, penderitaan penduduk di sini dapat diselelaikan.

Menjawab persoalan jika wujudnya kawasan yang akan diberikan perhatian lantaran bimbang perkara ini berulang lagi pada masa hadapan, beliau berkata buat masa ini masih belum terdapat banyak kawasan menghadapi permasalahan terbabit.

"Buat masa ini, kita (kerajaan negeri) dengan kerjasama kerajaan persekutuan tela mengambil alih beberapa tanah untuk projek lebuh raya yang akan menghubungkan terus Banting ke Ipoh. Bagaimanapun kita akan perhatikan tentang jalan-jalan tembusan untuk kegunaan masyarakat setempat tidak terjejas." katanya.

Katanya, kerajaan Pusat dan Menteri Kerja Raya telah membuat keputusan yang betul dalam menangani isu tersebut.

"Saya haraf tidak ada lagi tunjuk perasaan ataupun perarakan supaya kita dapat terus menjalankan kerja kita sehari-hari. Saya diberitahu batu-batu besar untuk menyekat jalan telah dialih, saya berterima kasih kepada semua pihak kerana menjaga keselamatan," katanya.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian