PLUS sedia bincang kaji semula kadar tol | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Pemegang konsesi lebuh raya, PLUS Expressways Bhd bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan berhubung rancangan untuk mengkaji semula perjanjian konsesi, kata Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid semalam. Beliau berkata, PLUS telah menyediakan semua maklumat yang diminta kerajaan.

Beliau berkata, PLUS telah menyediakan semua maklumat yang di minta kerajaan.

"Tetapi kami belum terlibat dalam sebarang perbincangan rasmi dengan kerajaan mengenai perkara itu lagi. Kami tidak tahu bagaimana kajian semula itu nantai," kata beliau kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemegang saham syarikat di sini. Sementara itu, Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata, berdasarkan kepada apa yang dilakukan sebelum ini, kerajaan sentiasa mematuhi terma dan syarat perjanjian konsesi.

"Saya percaya mereka akan terus berbuat demikian dan melindungi kepentingan semua pihak," kata beliau.

Mohd Sheriff berkata, mengikut Perjanjian sedia ada, syarikat pemegang konsesi dibenarkan menaikkan kadartol sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun.

Kata beliau, kali terakhir kadar tol dinaikkan ialah pada 2005, tetapi pada Jajuari 2008 apabila tarikh kenaikan berikutnya tiba, kerajaan memutuskan untuk menundakannya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, sejajar dengan perjanjian kensesi, kerajaan bersetuju untuk membayar ganit rugi dan sebahagian daripadanya telah dibayar.

Noorizah berkata, ganti rugi berkenaan berdasarkan kepada perbezaan dalam kadar yang PLUS sepatunya dibenarkan menaikkannya dengan kadar yang dikenakan syarikat sekarang, didarabkan dengan jumlah trafik sebenar.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji semula perjanjian dengan  syarikat pemegang konsesi dengan kemungkinan mengurangkan kadar tol. 

Beliau berkata, kadar tol lenuh raya boleh dikurangkan, tetapi bergantung kepada hasil kajian mengenai konsesi lebuh raya yang dijalankan oleh kementeriannya 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian