Pasar tani akan dibuka di R & R lebuh raya | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya berpeluang mendapatkan produk segar pada harga berpatutan apabila Pasar Tani dibuka di 16 kawasan rehat & rawat (R&R) lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Mohd Zin  Mohamed.

"Kita telah memberi izin kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mewujudkan pasar tani di kawasan lebuh raya dan terpulang bila hendak dimulakan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama kontraktor yang melaksanakan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di seluruh negara, semalam.

Beliau berkata antara kawasan yang akan diwujudkan ruang untuk pasar tani ialah kawasan R&R Rawang, Pusat Hentian Lori di kilometer 453.6 Sungai Buloh, Restoran Jejantas USJ di kilometer 8.50 dan Lebuhraya Damansara Puchong (LITRAK)

Katanya kementerian akan mengeluarkan permit kepada peniaga kecil bagi membolehkan mereka menjual produk segar kepada pengguna lebuh raya.

Mohd Zin berkata pembukaan pasar tani itu akan menjadi saluran terbaik kepada pengeluar produk untuk mengembangkan jualan mereka di samping menjadi salah satu inisiatif mengurangkan beban rakyat.

Tedahulu dalam ucapannya, Mohd Zin berkata beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh kontraktor antaranya mewujudkan stok penimbal besi keluli dan simen untuk menstabilkan harga serta memastikan tuntuan kontraktor dibayar dalam masa 14 hari.

Katanya kementerian juga mencadangkan agar tindakan tidak diambil terhadap kontraktor yang lewat menyiapkan projek sebaliknya memberikan mereka lanjutan masa.

"Kementerian juga mencadangkan cukai import simen 10 peratus dihapuskan,"katanya

Mohd Zin berkata satu jawatankuasa khasa yang dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Abdul Munit Kasmin akan ditubuhkan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh paa kontrktor serta mencari penyelesaian.  

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian