Lorong Lebuhraya ELITE ditutup | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 2 Julai - Lorong di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) akan ditutup secara berperingkat mulai hari ini hingga 21 Julai ini bermula pukul 8 malam hingga 5 pagi.

Plus Expressways Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan itu bertujuan untuk membolehkan kerja penyelenggaraan dijalankan.

Jalan arah utara USJ-Shah Alam/Subang di Kilometer(Km) 8 hingga Kilometer 6 akan ditutup hari ini hingga 21 Julai manakala arah utara USJ-Shah Alam/Subang di Kilometer 3.8 hingga Km 2.6 pula pada hari ini hingga 6 Julai.

Menurut PLUS, pada 7 hingga 21 Julai, jalan yang terlibat adalah USJ-Shah Alam/Subang di Km 0.9 hingga Km 0.42 arah utara (Ramp C Shah Alam) dan hari ini hingga 13 Julai di Plaza Tol KLIA hingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Km 3.17 hingga Km 5.9 arah selatan (KLIA Link).

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pemandu supaya merancang perjalanan mereka serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh PLUS.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 atau Jabatan Komunikasi Korporat 03-79818000

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia