SERDANG - Enam unit lampu isyarat sistem lama di sekitar kawasan ini bakal dinaik taraf dengan anggaran kos sebanyak RM700,000 hasil peruntukan daripada Kememterian Kerja Raya.
Bekas Ahli Perlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, tahun lalu beliau ada meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menaik taraf kebanyakan lampu isyarat sepanjang jalan utama Seri Kembangan berikutan sering menerima aduan kerosakan daripada penduduk.
Menurut, penduduk membuat aduan mengenai kerosakan lampu isyarat tersebut kerana tindakan untuk membaik pulih semula lambat diambil meyebabkan berlaku kesesakan yang teruk.
"Kebanyakan lampu isyarat terbabit menggunakan sistem lama dan sekiranya berlaku hujan lebat dan petir, ia akan rosak serta-merta.
"Apa yang menjadi masalah ialah kerja membaik pulih hanya diambil sekiranya ada aduan yang dibuat oleh orang awam kepada JKR selepas itu," katanya.
Beliau berkata, kerja menaik taraf itu termasuk pemasangan sistem lampu isyarat 'intelligent' yang akan berfungsi jauh lebih baik daripada sistem lama sebelum ini.
"Kerja-kerja membabitkan permasangan 'controller', 'loop sensor' akan dibuat dan ia bakal menggunkaan sistem kawalan maklumat jenis GPRS.
"Sistem yang digunakan pula adalah jenis Tycho (Philips) di mana sekiranya berlaku kerosakan, ibu pejabat kawalan akan terus mengesan perkara itu dan tindakan segera akan diambil," ujarnya ketika ditemui SINAR HARIAN.
Katanya, kerja naik taraf itu dijangka akan bermula awal bulan September bagi menyediakan sistem trafik selesa kepada pengguna di sini.
"Ia dijangka siap sebelum penghujung tahun ini dan saya dimaklumkan pihak berkenaan sedang dalam proses melantik kentraktor.
"Saya menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati melalui kawasan itu dan menitikberatkan keselamatan sewaktu memandu ketika kerja menaik taraf lampu isyarat tersebut dijalankan," katanya.
Tambahnya, pihaknya menggesa agar pihak JKR mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan 3215 dari Taman Universiti Indah menuju ke Serdang Jaya kerana beliau mendakwa ia tidak mengikut piawaian pihak itu.
"Jalan Persekutauan sepatutnya mempunyi sekurang-kurang dua hala namun keadaan sepanjang jalan yang mempunyai satu hala memyebabkan kesesakan teruk terutamanya pada waktu puncak.
"Saya menggesa kerajaan Pusat segera menyalurkan peruntukan untuk kerja berkenaan selepas memahami kesukaran yang dialami penduduk serta pengguna jalan si situ," katanya