PLUS tutup lorong secara berperingkat | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR ? PLUS Expressway Berhad (PLUS) mengumumkan sebahagian lorong di Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditutup secara berperingkat.

PLUS dalam kenyataannya kepada Kosmo! Semalam berkata, penutupan sebahagian lorong itu untuk membolehkan Kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Antara lokasi terlibat ialah di Kilometer (KM) 269.2 hingga KM 267.5 (arah selatan) pada 17 hingga 18 julai.

Penutupan lorong di kedua-dua lokasi tersebut akan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pemandu supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda serta arahan pihak PLUS.

Dalam pada itu, sebahagian lorong di Lebuhraya Utara-Selatan  Hubungan Tengah (ELITE) juga akan ditutup secara berperingkat dari 14 hingga 26 Julai ini untuk Kerja-kerja penyelenggaraan.

Lokasi yang terlibat ialah lorong Shah Alam ke Seafield dari KM 2.8 hingga KM 4.0  arah selatan dan Plaza Tol Ebor Selatan KM 4.4 , ditutup dari pukul 8 malam hingga 5 petang.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah lorong Putrajaya ke KLIA dari KM 24.4 hingga KM 25.4 arah selatan yang ditutup dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-79818000 atau PLUSline di 1-800-88-0000   

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo