Kontrak pembangunan dikaji sebagai inisiatif bantu kontraktor | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju mengkaji semula kontraktor-kontraktor pembangunan yang telah ditandatangani sebagai satu iniseatif untuk membantu kontraktor yang menghadapi beban kenaikan harga bahan binaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

"Kerajaan telah menetapkan bahawa kontrak-kontrak tertentu yang telah ditandatangani dengan syarikat pembinaan akan diberi variasi harga berdasarkan kepada kenaikan harga bahan binaan terutama sekali harga keluli dan simen.

"Surat Pekeliling akan diedarkan oleh Kementerian Kewangan berhubung kontraktor-kontraktor tersebut,? katanya, pada sidang akhbar selepas merasmikan Pamiran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 anjuran Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Langkah kerajaan itu, kata Najib bertujuan membantu para kontraktor di negara ini mengkaji semula kontrak yang ditandatangi memandangkan sebelum ini harga kontrak yang ditandatangi tidak boleh dikaji semula.

"Itulah (bentuk) bantuan kita.  Kita kaji semula harga kontrak.  Selalunya, kalau harga kontrak telah ditandatangani kita tak boleh kaji semula.  Tetapi oleh kerana keadaan luar biasa, kerajaan telah bersetuju.  Butiran akan dimaklumkan dalam Surat Pekeliling," katanya.

Terdahulu, Najib semasa bercakap mahu kontarktor Bumiputera mengubah pemikiran mereka supaya lebih strategik jika mahu maju dalam bidangn yang mereka ceburi termasuk bidang hartanah, bagi menjana kekayaan dalam jangka masa panjang.

Kalau kita dapat berfikir secara strategik, kekayaan orang melayu dan Bumiputera dalam bidang hartanah boleh dilonjakkan.  Kalau kita nak tentukan modal dapat digunakan dengan sebaik mungkin, ia mesti berlandaskan kepada ilmu dan pengetahuan.  Tampanya, kita tidak mungkin dapat menjana kekayaan pada tahap yang maksimum,? kata Timbalan Perdana Menteri.

Najib berkata, pada masa kini pemilikan permis dan tanah orang melayu dan Bumiputera masih jauh lebih kecil iaitu kira-kira 15 peratus berbanding pemilikan premis dan tanah kaum lain di negara ini.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian