Lorong motosikal Tol Kota Damansara ditutup | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Bermula semalam hingga 30 Ogos ini, lorong motosikal di laluan masuk Plaza Tol Kota Damansara di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) akan ditutup.

PLUS Expressway Berhad (PLUS) dalam satu kenyataannya kepada KOSMO! semalam memberitahu, lorong motosikal itu akan ditutup di antara pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Penutupan lorong motosikal tersebut dilakukan untuk membolehkan kerja-kerja penambahan lorong dijalankan.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan pihak PLUS.

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo