Pasar tani lebuh raya satu tarikan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SEREMBAN - Peserta pasar tani yang beroperasi di kawasan Rehat & Rawat(R&R) Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara serta selatan menyambut baik langkah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi peluang kepada mereka memasarkan produk di situ.

Pasar tani lebuh raya yang memasarkan perlbagai produk sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, hasil tanaman, kraf tangan serta produk industri asas tani dan hasil laut beroperasi tiga hari dalam seminggu bermula paa pukul 4 petang hingga 10 malam pada hari Jumaat dan 10 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu dan Ahad sejak Ogos lalu.

Seorang peserta, Jasmin Abdul Ghani,34 berkata, beliau sudah lama mengimpikan untuk memasarkan produk buah-buahan tempatan di kasawan tersebut kerana ia merupakan lokasi strategik.

"Peluang yang diberikan pihak FAMA dan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Bhd.(PLUS) bukan sahaja dapat menjana pendapatan para peserta, tetapi secara tidak langsung turut membantu pekebun serta peladang di kawasan kampung. "Sebelum ini memang sukar untuk menjalankan perniagaan di kawasan R&R kerana PLUS mementingkan aspek kebersihan serta keselamatan. Jadi apabila diberikan peluang sebegini ia tidak harus dilepaskan begitu sahaja," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rahmah Benu, 34, pula menambah, pasar tani ini amat bertepatan diadakan menjelang umat Islam bakal menyambut Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

"Ini kerana pengunjung boleh mendapatkan bekalan makanan seperti sayur-sayuran, makanan, aksesori serta pakaian di kawasan R&R.

"Saya percaya jika pasar tani lebuh raya ini berkekalan ia pasti akan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai," katanya.

Sementera itu, Jumali Misman, 53, berkata, beliau sangat terharu kerana diberi peluang memasarkan produk tani di kawasan berkenaan.

"Saya berharap pasar tani lebuh raya ini dapat dikekalkan kerana ia sekali gus dapat mempromosi serta memperkenalkan produk-produk tempatan kepada pengunjung tempatan dan luar negara," jelasnya. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo