Plus syor perjalanan berperingkat | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR: Pengendalian lebuh raya, Plus Expressways Bhd (Plus) akan mengumumkan jadual perjalanan berperingkat di Lebuh Raya Utara-Selatan pada 28 September ini yang dibuat sempena cuti Aidilfiri bulan depan bagi melancarkan laluan trafik.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Plus, Khalilah Mohd Talha, berkata syor berkenaan antara lain mencadangkan waktu perjalanan paling sesuai bagi pengguna yang mahu ke destinasi tertentu untuk kemudahan serta keselesaan pengguna.

"Plus melaksanakan jadual perjalanan berperingkat selepas melihat kejayaan pelaksanaan konsep yang sama menerusi projek perintis ketika musim cuti perayaan tahun lalu.

"Mengikut penelitian dibuat, berdasarkan jadual perjalanan pada cuti Aidilfitri tahun lalu, sebanyak 65 hingga 70 peratus pengguna mengikut syor yang dicadangkan sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pengguna menikmati perjalanan lancer," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Khalilah berkata, pihaknya sedang meneliti masa dan jadual kesesakan lalu lintas pada Aidilfitri tahun lalu sebelum mengumumkan jadual perjalanan untuk hari raya nanti.

"Kita sedang mengkaji pola pergerakan pengguna untuk melihat tarikh dan masa yang dipilih oleh orang ramai untuk pulang ke kampong supaya dapat merancang jadual dengan baik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Kebiasaannya apabila pulang ke kampong. ramai pengguna mengkut jadua yang kita syorkan tetapi berlaku sebaliknya apabila mereka ingin pelang ke ibu kota menyebabkan berlaku kesesakan.  Jadi, kita berharap supaya orang ramai dapat mengikut jadual yang kita cadangkan untuk keselesaan bersama.

"Bagaimanpun, Plus cuma mengesyorkan jadual perjalanan, tetapi terpulang kepad pengguna untuk mengikutinya atau tidak.  Namun, jika pengguna mahukan keselesaan dan sampai ke kampong tanpa melalui kesesakan lalum lintas, mereka wajar mengikuti jadual perjalanan yang kita syorkan," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan jadual berkenaan pada 24 September ini menerusi hebahan di rangkaian radio AMP Radio Network, atau risalah yang diedarkan di plaza tol serta maklumat di akhbar selain  menghubungi talian bebas tol Plus di 1 800 88 0000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Khalilah berkata, pihaknya turut menambah bilangan kakitangan di semua plaza tol dan petugas Plas Ronda untuk mengawal lalu lintas serta membantu pemandu yang terkandas dalam perjalanan.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian