Terowong SMART ditutup ekoran hujan lebat | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Terowong SMART ditutup kepada lalu lintas mulai pukul 4.15 petang tadi berkuatan hujan lebat di kawasan tadahan Sungai Klang/Sungai Ampang.

Menurut Pengarah Pusat Kawalan SMART Ir. Koon Sing bacaan paras air tertinggi Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah sehingga 29 meter pukul 4.34 petang manakala paras tebing Sungai Klang di Jambatan Tun Perak 30.24 meter.

"Jika paras ini naik lagi, beberapa kawasan tumpuan di Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur, Lebuh Pasar, Kampung Baru, Jalan Tun Razak, Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang, Kompleks Lama Mahkamah, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kampung Ampang akan ditenggelami air limpahan sungai sebagaimana berlaku sebelum siapnya terowong SMART," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, kawalan rapi paras air kawasan di Jambatan Tun Perak melalui Sistem Kawalan Banjir Terowong SMART, Kawasan-kawasan berisiko banjir itu dapat diselamatkan. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo